Perkenalan bersama Young Living bermula sekitar Mei 2017. Bermula dengan Basic Starter Kit bernilai RM200.00 + 1 botol Essential Oil Stress Away, 10 sample EO (2×Thieves, 2×Lemon, 2×Purification, 2×Lavender, 2×Peppermint) .
Pakej yang dihantar oleh Posmen petang tu memang menarik minat kakak serta Posmen tu jugak. Parcelnya wangi semerbak. Siapa yang pernah menggunakan Stress Away pasti tahukan bagaimana nikmat aromanya. Sehinggakan Posmen tu minta kakak bukak bungkusan sementara dia menunggu diluar pagar nak tengok apa isinya.. dah lihat dan hidu baru dia beredar..
😄
My 2nd EO is Joy. Kakak dapat hadiah dari Oilylicious group Leaders hasil pertandingan mencipta logo kumpulan. Walaupun hanya berjaya ke Top 10..
😉 murah hati betul Teacher Watie tu.. kakak tertarik nak kenal dia lebih lanjut lepas tu.. tertarik untuk join group dia jugak.
My 3rd EO is RC. Kakak beli untuk anak-anak kerana mereka ada masalah resdung. Menariknya RC ni ketika batuk & selsema, mudah nak digunakan. Tinggal sapu ditapak kaki dan pakai stokin. Sapu didada dan tekak melegakan. 1 botol 5ml tu sekejap sangat gunanya.. mana tidaknya hari-hari dikerjakan oleh anak beranak ni..
My 4th EO is Tea Tree (Melalueca). Kakak gunakan Tea Tree untuk tujuan disinfect untuk mencuci berus mekap.. i've done few diy spray, face toner and wash too. Then 1 day ada sahabat kakak yang kena gout, kakak berhajat nak kongsi EO tersebut dengan beliau but tertinggal pulak entah di mana. So i lost that tiny bottle..
😭
My 5th EO is Lavender. Masa tu Raya and Eilhan jatuh tangga. Benjol dahi sebesar bola pingpong. Kakak tanya
Aien Rasdi EO apa yang sesuai digunakan? Dia suggest Lavender. Sample Lavender pulak kakak dah guna habis.. so kakak sapu je Stress Away & layer dengan Tea Tree je masa tu. Benjol nampak surut sikit. Then masa jalan raya ke rumah Aien, dia bagi hadiah EO Lavender..
😍 nak melompat bintang rasanya.. sapu EO Lavender and kakak nampak benjol tersebut semakin surut.. lega sungguh rasanya.
My 6th & 7th EO is Lemon. Korang WAJIB cuba. Kegunaannya pun banyak gila. Buat body scrub titis EO wangi semerbak bilik air. Sedar tak sedar sampai harini dah 2botol EO Lemon 15ml berbakti dirumah ni. Stok pun semakin surut memang wajib tambah sebotol dua lagi..
😘
My 9th EO is Peppermint. I love fresh smell of peppermint. Peppermint pun 1 of EO utk weight trio. Kakak guna peppermint pelbagai. Campur dalam body scrub etc.
My 10th EO is Geranium.. it a must to have too. Geranium bagus untuk wanita. Ada yang buat serum payudara. Ada yang buat perfume, ada yang campur dalam kosmetik range.. pelbagai guna. But before guna make sure study dulu produknya ya.. nak tau secret part about Geranium kita kopi-kopi ya.. eklusif tau.. pasti korang teruja..
🙈
Then i add Vetiver, Cedarwood & Thieves.. and maybe Ylang-Ylang would be next.. That how my EO beranak pinak. Dari sebotol ke sebotol dan akan terus bertambah setiap bulan. I make EO as reward to myself on my hardwork as a mother & wife..
So do you love yourself? Let reward yourself too..
😘
😘