20 FAKTA PENTING untuk Newbies Young Living Oilers

1. Young Living Essential Oil ada dua jenis minyak iaitu Single dan Blends.

2. Single adalah EO yang di ambil minyaknya dari tumbuhan itu sendiri, contohnya seperti Peppermint, Lavender, Orange, Lime dan sebagainya.

3. Blends adalah EO yang terdiri dari beberapa jenis Single EO tertentu yang digabungkan bersama dengan formulasi tertentu, untuk tujuan tertentu, contohnya seperti Believe, Highest Potential, Joy dan sebagainya.

4. SEMUA EO di bawah YOUNG LIVING  TIDAK MENGANDUNGI sebarang unsur alkhohol sintetik, pelarut atau apa sahaja bahan sintetik di dalamnya. Ia adalah minyak semata-mata yang disuling (steam distillation) atau di perah sejuk (cold press) dari tumbuhan. Jadi isu halal dan samada boleh bawa solat atau tidak, tidak timbul samasekali. Gunakan YLEO tanpa perlu ragu-ragu.

5. Bau yang terhasil dari EO adalah bau semulajadi pokok tersebut. Apa pokok yang Allah cipta, itulah yang kita dapat. Maka ada sesetengah EO yang baunya semulajadi wangi, ada yang semulajadi busuk. Ada juga bau yang sebenarnya wangi, tetapi bila anda bau, ia berbau busuk. Jangan khuatir, teruskan penggunaan EO tersebut, lama kelamaan, anda sendiri akan dapati deria anda semakin baik dan boleh menerima bau tersebut, ia tidak lagi berbau busuk seperti sebelumnya.

6. Ada lima (5) cara menggunakan YLEO iaitu menggunakan Diffuser, Inhale (Hidu), Topical (Sapu), Ingest (masuk dalam air atau dalam kapsul) & Oral (titik bawah lidah).

7. EO boleh di gunakan diseluruh tubuh termasuk tapak kaki KECUALI dua (2) tempat: DALAM MATA & DALAM TELINGA. TAPAK KAKI TEMPAT PALING SELAMAT jika anda tidak pasti di bahagian mana anda mahu sapukan EO tersebut.

8. Sila ambil perhatian bahawa EO yang berasaskan CITRUS seperti Lime, Lemon, Orange dan Citrus Fresh adalah EO bersifat Photosensitive. (Rujuk maklumat penuh EO bersifat Photosensitive di Product Guide @ EOPR). Elakkan sinaran cahaya matahari secara terus di kulit tersebut selepas memakainya utk mengelakkan kulit menjadi gelap. Tiada masalah jika EO dipakai di bahagian yang ditutupi baju.

9. EO juga harus di letakkan ditempat tinggi untuk mengelakkan anak kecil bermain dengan botol-botolnya yang bewarna warni. Ia harus disimpan di tempat gelap dan tidak panas untuk mengelakkan EO dari meruap dan kering. ELAKKAN untuk menyimpan EO di dalam kereta atau bonet anda. Suhu panas yang tinggi di dalam kereta yang ditinggalkan akan mempengaruhi kualiti EO.

10. Jika anda ingin membuat sebarang blend EO mengikut protokol yang ada, pastikan botol yang anda gunakan adalah botol kaca yang gelap. Jika anda ingin minum air yang dicampurkan EO, pastikan botol yg digunakan adalah botol kaca dan BUKAN PLASTIK.

11. Jika mahu menggunakan DIFFUSER, gunakan ULTRASONIC DIFFUSER dan oilyzza mencadangkan agar anda gunakan YOUNG LIVING ULTRASONIC DIFFUSER yang kukuh, lasak dan tahan lama. Ia direka khas untuk produk EO dari YL maka ia sesuai dengan kepekatan dan konsentrasi yang tinggi minyak YLEO.

Anda boleh mencampurkan SINGLE EO dengan SINGLE EO yang lain @ BLENDS EO dengan SINGLE EO TETAPI TIDAK BOLEH mencampurkan BLENDS EO DGN BLENDS EO yang lain di dalam satu Diffuser ketika mahu menggunakannya. Titiskan seperti biasa, satu demi satu, mengikut keluasan bilik. Lebih besar bilik, lebih banyak titik diperlukan. Bilik bersaiz sederhana biasanya bermula dengan 4 drops of EO. Baca arahan penggunaan Diffuser dengan teliti sebelum menggunakannya.

12. Ada sesetengah EO yg panas dan pijar WAJIB untuk dicairkan (dilute) menggunakan carrier oil samada VCO, OO atau V6 dari YL. Nisbah untuk dilute bergantung kepada minyak, samada 1:1 @ 1:4.

Antara EO yang panas dan pijar ialah Oregano, Thieves, Peppermint, Clove, Digeze dan Thyme. Sila rujuk EOPR (Essential Oil Pocket Reference) untuk melihat senarai penuh dan nisbah yang disyorkan. Jika masih rasa panas atau pijar, tambahkan lagi carrier oil. Utk baby, for safety precaution, jika mahu dilute semua EO juga tiada masalah.

13. Sekiranya berlaku insiden panas dan pijar selepas EO digunakan, JANGAN PANIK! JANGAN CUCI DENGAN AIR! Tenang2 sahaja, ambil sebarang jenis carrier oils dan sapu di tempat tersebut. Rasa panas atau pijar itu akan hilang dengan segera. In-case EO TERKENA MATA, jangan basuh dengan air, tetapi titiskan sahaja susu ke dalam mata untuk melegakannya.

14.Hati-hati dengan tangan anda selepas menggunakan EO yang panas atau pijar, pastikan tidak terkena mata baby, atau ke toilet dan basuh 'the private part'. Bilas tangan anda dengan carrier oil, kemudian baru dicuci mengguna sabun.

15.  Di YLEO, FREKUENSI LEBIH PENTING DARI KUANTITI MINYAK. Maksudnya, untuk setiap keadaan, anda hanya perlukan setitik atau dua titik sahaja minyak dan bukannya bertitik-titik untuk satu-satu masa.

Sebagai contoh, bila anak baru mula demam, ambil SETITIK PEPPERMINT dan sapu di tapak kaki anak setiap 2 JAM SEKALI. Tetapi jika suhunya sedang panas, ambik SETITIK PEPPERMINT dan sapu di tapak kaki anak setiap 10 MINIT SEKALI. Tingkatkan FREKUENSI bukan KUANTITI.

16. Sekiranya anda ingin membuat sapuan dua atau lebih EO, sapu layer by layer, satu demi satu dan JANGAN campur dua EO sekaligus. Contohnya, sapu Lemon EO dulu, selepas itu jarakkan 2 minit baru sapu RC. Tujuannya adalah utk EO tersebut meresap ke dalam kulit dan pergi ke blood stream.

17. Jika ada EO yang anda mahu gunakan itu terdiri dari EO yang Single dan Blend, dahulukan dengan Single kemudian baru guna EO dari jenis Blends, kecuali untuk protokol tertentu yang telah ditetapkan EO nya mengikut susunan.

18. Di awal penggunaan EO, kemungkinan untuk berlakunya healing crisis itu ada, bergantung kepada individu, kerana EO adalah produk yang natural. Produk natural atau semulajadi biasanya bertindak untuk menyingkirkan bahan-bahan toxic dan sintetik yang tersimpan dalam badan, terutamanya jika sebelum ini anda banyak menggunakan produk yang mengandungi banyak bahan kimia atau sintetik.

Antara healing crisis yang mungkin berlaku adalah seperti demam, batuk lebih kuat, pening, ekzema lebih flare up dan sebagainya, bergantung pada individu tersebut. Ada juga yang tidak mengalami  healing crisis dan terus merasai kesakitan berkurang atau kesihatan semakin baik dalam tempoh yang sekejap.

19. Bagi mengurangkan kesan healing crisis, start slow dengan apa yang anda lakukan. Maksudnya, kurangkan dose penggunaan. Selepas tubuh kita sudah boleh adapt dengan EO tersebut, barulah kita tingkatkan penggunaannya. Untuk kes kes ekzema, jika sebelum ini anda pernah menggunakan  krim berasaskan steroid, jangan terus berhenti, dikuatiri ekzema akan lebih flare up jika anda berhenti secara mengejut. Kurangkan dosage cream tersebut perlahan-lahan, dalam masa yang sama gunakan EO / Ointment dari YL dan tingkatkan dosage nya seiring dengan pengurangan dosage krim steroid sehinggalah bebas steroid sepenuhnya.

20. Maklumkan kepada Consultant anda jika anda ada sebarang medical history agar lebih mudah kami bantu anda. Sebagai contoh, ada beberapa EO yang perlu dielakkan untuk mereka yang mempunyai sejarah sawan seperti Eucalyptus. Begitu juga dengan mereka yang mengambil ubat pencair darah hati-hati dengan penggunaan Grapefruit dan jika ada G6PD, elakkan penggunaan Copaiba. Untuk anak berusia di bawah 3 tahun, elakkan dari membenarkan mereka menghidu Peppermint secara direct. Beritahu kami kondisi anda agar kami dapat bantu anda dgn lebih baik lagi.

Sharing with LOVE, Knowledge is POWER

Credit to: OilyLicious™ TEAM
"Love at first drop".

No comments:

Post a Comment

Apa itu Essential Oil?

Essential Oil (EO) adalah minyak beraroma dari tumbuh-tumbuhan yang di ekstrak daripada akar, resin (getah), bunga, biji benih, di mana seti...